PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Mahagila Mohamad semalam melancarkan kempen membunuh pemfitnah, dan sasaran pertamanya ialah katak bercakap, Berahim Al-Katak.
Di dalam satu majlis di PWTC, Mahagila melahirkan rasa kesalnya terhadap kumpulan pemfitnah di dalam UMNO yang selama ini mendalangi konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara orang yang dinamakan sebagai fitnah oleh PM termasuk Ketua Kumpulan Anti-Fitnah, Berahim Ali Al-Katak.
"Saya berasa sungguh kesal kerana si Berahim terlibat dalam perbuatan keji ini," ujar PM.
"Lagipun… apa nama… dia ni bukan manusia betoi, cuma binatang katak aje…" tambahnya lagi.
Apabila dihubungi untuk komen, Berahim Katak melahirkan rasa marah bercampur sedih terhadap tuduhan fitnah ini.
"Eleh… kalau nak ikutkan, dialah pemfitnah nombor satu kat Malaysia!" jerit si katak yang boleh bercakap itu.
"Ribbit! Aku dah mati-mati jilat buntut dia sampai licin, macam ni pulak dia buat aku! Cis!"
Wartawan kami tergamam kerana pertama sekali dalam hidupnya berjumpa dengan seekor katak yang boleh bercakap.
Dia pun bercadang untuk menangkap katak itu dan menjualnya di tepi jalan untuk harga yang tinggi.
Hadir sama isteri Menteri Perdana, Datin Seri Dr Siti Hasumah Mohd Ali.