Berita Hairan Online

PM Mengaku Memiskinkan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Deepavali, PM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengkayakan dirinya serta keluarga. Kehidupannya yang senang merupakan tanda bahawa rakyat sayangkannya (kununnya).

Di rumah Samsu Vellu, penyokong totoknya di MIC, PM gelak melihat rakyat miskin yang datang makan di rumah Samsu.

"Perayaan ini merupakan tanda penghargaan saya kepada rakyat yang telah banyak korbankan masa dan tenaga mereka untuk mengkayakan saya," kata PM

"Tengok restoran-restoran dan hotel-hotel penuh dengan kroni-kroni saya yang membuncitkan perut mereka dengan duit rasuah."

"Kalau tidak kerana rakyat Malaysia yang telah saya tindas dan kerahkan duit daripada mereka, tidak mungkin saya, keluarga saya, dan kroni-kroni saya hidup begitu senang."

Beliau juga mengulas pengkritik-pengkritiknya yang mengutuk cara kehidupannya dan kezalimannya ke atas rakyat.

"Alaaa... ini cakap orang cemburu sahaja. Biasalah, kalau dah takde kuasa, takde duit, memang mereka ini suka komplen banyak sangat."

"Mereka tengok saya duduk mahligai besar, anak saya kaya-raya dan saya mempunyai kuasa tidak terhingga, tentu mereka jeles!"

Kenyataan PM ini juga disokong bulat-bulat oleh Samsu dan rakan-rakannya di MIC.

"Betul tu! Saya kalau tak jadi menteri, tidak mungkin saya dapat makan rasuah begitu banyak dan meluluskan kontrak berjuta-juta ringgit kepada anak-anak saya."

[ Hompej | Berita | Sukan | Rencana | Hiburan ]