KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Pondan UMNO hari ini membuat pengakuan bersumpah bahawa dia sebenarnya suka minum bir, vodka, whiskey dan bermacam-macam minuman keras.
Kenyataan ini dibuat semalam di sebuah bar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Sham dikatakan teringin benar untuk meraikan Deepavali dengan segelas bir.
"Saya sebenarnya sudah lama mengidam bir ni tetapi terpaksa tahan kerana mahu menjaga imej saya sebagai ahli politik yang lurus bendul," kata Sham. "Namun nafsu saya mengalahkan saya dan saya terpaksa membuat pengakuan bersumpah ini untuk melepaskan rasa 'stress' dalam diri saya ini."
"Saya sebenarnya memang lama meminati minuman keras dan sering mengambilnya ketika berseorangan atau ketika melancong ke luar negeri. Kalau tidak minum segelas sehari, jiwa dan raga saya tidak tenang."
Apabila ditanya tentang minuman kegemarannya, beliau mengaku meminati bir Anker.
"Anker Beer adalah bir yang paling sedap saya merasakan. Di mana-mana hotel saya pergi, saya tidak melepaskan peluang untuk mengecapi bir yang sungguh sedap ini."
"Vodka, rum, brandi pun sedap juga, tetapi tidak ada apa-apa yang lebih sedap daripad Anker Beer."
Ahli-ahli Pondan UMNO, apabila dihubungi untuk komen, dikatakan terkejut, tetapi menerima pengakuan Sham itu. Mereka mengatakan bahawa kadang-kadang segelas bir diperlukan untuk menenangkan fikiran.
"Nak jadi Pondan UMNO bukan senang oi.... selalu kena kacau, so kadang-kadang rasa 'stress' banyak sangat. Kami pun sebenarnya suka minum segelas dari masa ke semasa," ujar seorang ahli mereka.