Berita Hairan Online - UMNO susun semula program di Kelantan, Terengganu

Berita Hairan Edisi Internet

UMNO susun semula program di Kelantan, Terengganu

KUALA TERENGGANU, Rabu - UMNO akan menyusun semula semua programnya di Kelantan dan Terengganu dalam usaha merampas kembali kedua-dua negeri daripada PAS. UMNO merasakan mereka harus tunaikan tanggungjawab mereka untuk selamatkan rakyat Terengganu dan Kelantan daripada pemerintahan jujur dan ikhlas PAS di tempat-tempat tersebut.

"Kami sudah sediakan duit dan program rasuah untuk menarik balik perhatian rakyat di Kelantan dan Terengganu. Harap-harap mereka makanlah umpan kami," kata Presiden UMNO.

Sementara itu, ahli jawatankuasa UMNO Kelantan, Ibrahim Ali menyambut baik tindakan itu. "Baguslah ada program macam ni. Saya sejak kalah pilihanraya ni, takde kerja pulak. Bila dah tak jadi Timbalan Menteri, takde peluang nak glamour dalam suratkhabar pulak. Sekarang bolehlah saya buat komen merapu lagi."

"Saya pun nak buat komen merapu lagi," tambah Mustapa Mohamad, bekas ahli parlimen Jeli. "Dulu tak buat sangat sebab takut kalah pilihanraya, tapi sekarang kenalah tonjol diri sikit."

Bagaimana pun, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan tidak menunjukkan minat untuk menyokong program tersebut. "Korang buat apa kau nak. Aku nak kempen lawan Pak Lah semasa pemilihan UMNO nanti."

[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]