Orang ramai mengunjungi
kediaman Perdana Menteri
PUTRAJAYA, 8 Jan - Rakyat jelata hari ini mengunjungi kediaman Perdana Menteri Malaysia di
Putrajaya sempena sambutan Hari Raya Aidilifitri. Rakyat datang dari jauh kerana tidak
mahu melepaskan peluang untuk melihat kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang sering
dihebohkan.Ramai lagi ahli
UMNO menawarkan diri untuk bertanding
KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Persaingan sengit untuk jawatan Naib Presiden UMNO dihangatkan
lagi apabila beberapa tokoh UMNO menawarkan diri untuk jawatan tersebut.
Rafidah patut tanding jawatan
Naib Presiden
KUALA LUMPUR, 6 Jan - Seorang anggota Exco Wanita UMNO hari ini merayu kepada Datuk Seri
Rafidah Aziz agar melupakan untuk bertanding bagi jawatan ketua pergerakan itu, sebaliknya
bertanding bagi jawatan naib presiden pada pemilihan parti yang akan datang
Najib : Tolak pemimpin yang
menggunakan wang
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mahu semua ahli
parti menolak mana-mana pemimpin yang menggunakan wang untuk memenangi jawatan dalam
Perhimpunan Agung UMNO Mei ini.
UMNO
susun semula program di Kelantan, Terengganu
KUALA TERENGGANU, Rabu - UMNO akan menyusun semula semua
programnya di Kelantan dan Terengganu dalam usaha merampas kembali kedua-dua negeri
daripada PAS. UMNO merasakan mereka harus tunaikan tanggungjawab mereka untuk selamatkan
rakyat Terengganu dan Kelantan daripada pemerintahan jujur dan ikhlas PAS di tempat-tempat
tersebut.
Isu kenaikan harga
ayam diselesaikan
KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Setelah beberapa minggu berlawan
kata, Menteri Hal-Ehwal Pengguna dan Perdagangan Tempatan dan badan-badan bukan kerajaan
yang terlibat berjaya menyelesaikan isu kenaikan harga barang-barang keperluan
Kesilapan Mengisi
Kertas Undi Dijangka Tidak Banyak
KUALA LUMPUR, Isnin - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Penerangan telah
mengedarkan lebih dua juta pamplet panduan mengundi ke seluruh negara bagi memastikan
orang ramai tahu cara-cara mengundi yang betul iaitu memangkah Barisan Nasional.
Dr Mahathir Demokrat Tulen
Kerana Pilih Penyokong Anwar, Kata Zahid
IPOH, Isnin - Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah seorang demokrat tulen kerana memilih
penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada
pilihan raya kali ini.
BN Pilihan Rakyat Untuk Masa
Depan Stabil
Pengerusi BN, Mahathir Koyakuti hari ini mengingatkan rakyat bahawa BN sahajalah yang
dapat menjaminkan masa depan yang cerah dan negara yang penuh dengan keharmonian dan
kestabilan.
Tok Mat Ajak Mahathir Bergaduh
KUALA LUMPUR, Jumaat - Tok Mat hari ini mengajak Presiden BN Mahathir Koyakuti bergaduh
secara langsung di RTM. Ajakan ini dilakukan kerana Tok Mat marah Mahathir Koyakuti yang
tidak mahu memberi laluan kepada beliau untuk terus bertanding.
Pemilik Restoran India Memilih
Barisan Nasional
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia telah
mengisytiharkan sokongan padu mereka terhadap MIC dan Barisan Nasional pada pilihan raya
umum 29 Nov ini. Melayu terutamanya di Lembah Klang bersikap menentang kerajaan.
Daim Yakin Rakyat Sokong BN
SUNGAI PETANI, Ahad - Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, yakin rakyat akan
memberi sokongan penuh kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 29
November ini.
Melayu Kelas Menengah Tetap
Sokong
KUALA LUMPUR, Sabtu - Bekas Setiausaha Politik Daim Qarun, Datuk Mustapa Mohamed menolak
dakwaan kononnya golongan kelas pertengahan Melayu terutamanya di Lembah Klang bersikap
menentang kerajaan.
Sah Sanusi Cuma Dapat Kuah
ALOR SETAR, Sabtu - Sanusi Botak hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di DUN
Kuah oleh itu amat pasti bagi beliau bahawa beliau hanya akan dapat kuah kerana akan kalah
teruk.
BN Menang Dua Kerusi Percuma
KUALA LUMPUR, Sabtu - Pada hari penamaan calon, Barisan Nasional berjaya memenangi dua
kerusi tanpa bertanding. Kerusi-kerusi tersebut merupakan kerusi Parlimen Betong dan
kerusi DUN Tangkak.
Teruskan Budaya
'Peteh-memeteh' : Wan Mok Ta
KUALA TERENGGANU, Jumaat - Barisan Nasional (BN) negeri akan mengekalkan slogan 'Tahun
Sapu Bersih' pada pilihan raya umum kali ini kerana slogan sama yang dibuat pada 1995
tidak berjaya mencapai matlamatnya.
Sanusi Sahkan Pertahan DUN
Kuah
ALOR STAR, Jumaat - Bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid mengesahkan beliau akan
mempertahankan kerusi DUN Kuah. Kata Sanusi, "Horay! Akhirnya Dr Mahathir Koyakutty
mengalah dan mengizinkan juga saya bertanding."
Tok Mat Rela Kerana Sudah
Janji
KUALA LUMPUR, Jumaat - Bekas Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat, tidak kecewa
apabila tidak dicalonkan semula bagi kawasan Parlimen Pulai yang dikuasainya sejak 30
tahun lalu.
Shahidan Gesa Pemandu Teksi
Teruskan Sokongan
KANGAR, Khamis - Bakal Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa para
pemandu teksi supaya terus memberikan sokongan mereka kepada Barisan Najis (BN).
Melayu Kelas Menengah Tetap
Menyokong
KUALA LUMPUR, Khamis - Menteri Kewangan Kedua, Mustapa Mohamad menolak dakwaan bahawa
Melayu kelas menengah, terutama di Lembah Kelang tidak menyokong kerajaan.
Polis Tidak Jangka Kekacauan
Menjelang Pilihanraya
KOTA BAHARU, Khamis - Polis tidak menjangka sebarang kekacauan serius di negeri ini
menjelang pilihan raya umum ini, kata Ketua Pasukan Memukul Rakyat Cawangan Kelantan Supt
Alias Muhammad.
Kebolehan syarat utama calon
BN: Dr M
KUALA LUMPUR, Rabu - Berkebolehan, terutama dalam membodek dan mengampu serta tahu cara
mendapatkan sokongan rakyat menjadi kriteria pemilihan calon Barisan Nasional (BN),
khususnya UMNO, pada pilihan raya umum kali ini
Utusan Online Menang Anugerah
Utama Web
PETALING JAYA, Rabu - Utusan Online memenangi anugerah utama bagi kategori Tapak Web
Fitnah dan Pembohongan Terbaik di majlis Anugerah Internet Malaysia '99 atau @my'99
anjuran MIMOS Berhad, malam semalam.
Anak Abdullah Badawi Mahu
Saman Ezam
PETALING JAYA, Rabu - Kamaluddin Abdullah, anak kepada Timbalah Presiden UMNO, Abdullah
Ahmad Badawi, telah mengarahkan para peguamnya untuk memulakan tindakan perundangan
terhadap Ketua Pemuda KeADILan, Mohd Ezam Nor.
Kerajaan Bayar Bonus Bulan Ini
KUALA LUMPUR, Isnin - Kakitangan awam tetap akan menerima bonus mereka bulan ini walaupun
Belanjawan 2000 akan dibentangkan semula selepas pilihan raya umum 29 November ini.
Keputusan Terawal Jam 8.30
Malam
KUALA LUMPUR, Isnin - Keputusan pertama pilihan raya umum ke-10 dijangka diketahui pada
jam 8.30 malam esok, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan
Omar.
Pas Dicabar Nyata Pendirian
KUALA LUMPUR, Isnin - Pergerakan Pondan UMNO mencabar Pas supaya menyatakan pendirian
sebenar berhubung perjuangan parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.
Malaysia Setaraf Barat
KUALA LUMPUR, Isnin - Kemajuan pesat dinikmati oleh pemimpin BN dan anak-anak mereka sejak
beberapa tahun lalu meskipun terjejas oleh kegawatan ekonomi yang meruncing tahun lalu
sudah banyak membawa perubahan fizikal kepada persekitaran mereka.
Pondan Umno Tidak Buat
Tuntutan
KUALA LUMPUR, Isnin - Pergerakan Pondan Umno tidak akan membuat tuntutan supaya pucuk
kepemimpinan parti memperuntukkan kuota khas kepada calon pergerakan itu bertanding dalam
pilihan raya umum kali ini.
Pembangkang Sudah Kehabisan
Isu
KUALA LUMPUR, Isnin - Presiden Umno, Dr Mahathir Koyakuti, berkata bahawa pembangkang
sudah kehabisan isu.
UMNO Juga Giat Dalam Kebajikan
KUALA LUMPUR, Ahad - UMNO bukan hanya tahu berpolitik semata-mata tetapi juga giat dalam
pelbagai kerja kebajikan dan kemasyarakatan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid
Yunus.
Wanita UMNO utamakan
kemenangan BN
KUANTAN, Ahad - Wanita UMNO tidak terkilan jika pucuk pimpinan parti tidak dapat memenuhi
permintaan memberi kuota tertentu bagi calon dari Wanita dalam pilihan raya kali ini, jika
ia menjejaskan kemenangan Barisan Nasional (BN).
Pucuk Pimpinan BN Tentukan
Calon
KUALA LUMPUR, Ahad - Beberapa pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN)
menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan mereka sebagai calon
pada pilihan raya umum 29 November nanti.
Ralat Penting : Warna
Bertukar-tukar
KUALA LUMPUR, Sabtu - Kami di Berita Hairan ingin memaklumkan bahawa atas sebab-sebab
estatik (untuk kecantikan / takut orang tiru) laman berita online kami sering bertukar
warna kebelakangan ini.
Pemimpin utama UMNO tersingkir
KUALA LUMPUR, Sabtu - Presiden UMNO(baru), Dr Mahathir Koyakuti hari ini telah mengumumkan
bahawa beliau memecat dirinya sendiri daripada parti. Pemecatan ini dilakukan kerana ingin
menunjuk semangat M'sia boleh kepada semua rakyat dunia dengan menjadi pemimpin parti
politik pertama yang memecat dirinya sendiri.
Manifesto BN Belum Diumum
Tidak Jejaskan Parti
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Barisan Najis (BN) telah sedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan
raya umum ke-10 walaupun manifestonya masih belum diumumkan, kata Abdullah Badawi.
Jangkaan pilihanraya Presiden UMNO
KUALA LUMPUR, Sabtu - Walaupun negara telah dikejutkan oleh pemecatan diri sendiri
Presiden UMNO(baru) yang dijangka akan ditukarkan menjadi Umno (baru-baru) untuk mengelak
panggilan UMNO(barua), beliau sempat membuat jangkaan pilihanraya yang akan datang ini.
Belanjawan Akan Dibentang
Semula Selepas Pilihanraya
KUALA LUMPUR, Khamis - Semasa mengumumkan pembubaran Parlimen pada sidang akhbar Rabu
lepas, Bakal Ketua Pembangkang Mahafiraun Mohamad memaklumkan bahawa Belanjawan 2000
terpaksa dibentang semula selepas pilihanraya umum kali kesepuluh.
BN Cadangkan Beberapa Calon
Baru
KUALA LUMPUR, Khamis - Setiausaha Barisan Nasional, Mohamad Rahmat, berkata dalam satu
sidang akhbar hari ini bahawa senarai calon BN tidak akan banyak berubah, tetapi beberapa
muka baru akan bertanding.
PDRM Mendapati Anwar Tidak
Pernah Diracun
KUALA LUMPUR, Khamis - PDRM telah menjalankan penyiasatan penuh ke atas Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan mendapati bahawa beliau tidak mempunyai kandungan racun arsenik atau mana-mana
racun yang berlebihan, kata Ketua Polis Negara Norian Mai.
PDRM Bersedia Hadapi
Pilihanraya
KUALA LUMPUR, Rabu - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan
raya umum yang akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari berikutan pembubaran
Parlimen esok.
Sansui Sah Bertanding Kerusi
Negeri
LANGKAWI, Rabu - Menteri Besar Kedah Sanusi Junid hari ini mengesahkan yang beliau akan
bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum ini.
SPR Bermesyuarat Hari Ini
KUALA LUMPUR, Rabu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk
menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya umum kesepuluh.
Kelantan Akan Ditukarkan
Menjadi Switzerland
KUALA LUMPUR, 10 November 1999 : Datuk Paduka Berahim Ali hari ini memberitahu di
rancangan Bincang Petang di TV3 bahawa Kelantan akan ditukarkan menjadi Switzerland jika
BN memerintah.
Cabaran Hishammuddin Kepada
Mahfuz, Ezam Tidak Berjawab
BANDAR TENGGARA, Rabu - Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin Hussein
hari ini mencabar para pemimpin Pemuda PAS yang digelarnya "penakut dan tidak sanggup
menghadapi cabaran".
UMNO Akan Aktifkan Jentera
Pilihanraya
KUCHING, Rabu - UMNO, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN), bersedia
mengaktifkan jenteranya bagi pilihan raya umum, kata Timbalan Presiden parti itu Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
Pemuda BN Bertegas PM Mesti
Orang Melayu
KUALA LUMPUR, Selasa - Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendirian bahawa Perdana Menteri
Malaysia mestilah orang Melayu, kata pengerusinya Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
Pondan UMNO Mengalihkan
Tumpuan Kepada Masyarakat
KUALA LUMPUR, Selasa - Pondan Umno kini mengalihkan tumpuannya daripada kegiatan di
kalangan sesama anggota pergerakan itu kepada kegiatan yang melibatkan segenap lapisan
masyarakat khususnya mahasiswa, kelas menengah dan golongan profesional.
Ummi Hafilda Tidak Terlibat
Konspirasi
BATU PAHAT, Selasa - Salah seorang saksi utama perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ummi Hafilda Ali bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak "terlibat"
dalam konspirasi untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
PM benci Al-Kataki
KUALA LUMPUR, Ahad - PM hari ini menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap katak ajaib
yang boleh bercakap, Berahim Ali. Kenyataan tersebut keluar semasa PM merasmikan Operasi
Membasmi Pemfitnah UMNO.
'Saya kaya, awak miskin', kata
PM
KUALA LUMPUR, Ahad - Sempena sambutan Deepavali, PM mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua rakyat Malaysia yang telah mengkayakan dirinya serta keluarga. Kehidupannya yang
senang merupakan tanda bahawa rakyat sayangkannya (kununnya).
Sham mengaku suka minum bir
KUALA LUMPUR, Ahad - Pemangku Ketua Pondan UMNO, Sham Husin hari ini membuat pengakuan
bersumpah tentang kecintaannya terhadap bir. Kenyataan Sham disambut dengan jeritan
"Yam Seng! daripada penyokong-penyokongnya.
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]
|