Melayu Kelas Menengah Tetap SokongKUALA LUMPUR, Sabtu - Bekas Setiausaha Politik Daim Qarun, Datuk Mustapa Mohamed menolak dakwaan kononnya golongan kelas pertengahan Melayu terutamanya di Lembah Klang bersikap menentang kerajaan. ''Dakwaan bahawa golongan kelas pertengahan Melayu tidak menyokong kerajaan adalah tidak benar. Mereka sebenarnya tetap menyokong kerajaan, iaitu kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Mereka cuma menentang kerajaan pusat,'' katanya selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 300 pembodek profesional muda Melayu di sini hari ini. Majlis tersebut adalah anjuran Persatuan Pelajar Lepasan Maktab Rendah Akal Malaysia (MELARAM) dan Persatuan Lepasan Pelatih Institut Kemahiran Mengampu Malaysia (PELEMPANG). Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Penerima "Bail Out" Negara, Mukhriz a/l Mahathir Koyakutty. Mustapa berkata, dalam pertemuan hari ini, kesemua yang hadir dibayar RM 25 untuk hadir. Beliau menjelaskan, bayaran itu lebih murah daripada yang dijangka kerana sebelum ini mereka tidak hadir jika mendapat kurang RM 50 seorang. "Tetapi mungkin nerana kemelesetan ekonomi, RM 25 pun mereka sanggup," ujar Mustapa. Mustapa berkata, mereka yang hadir telah bertanya pelbagai soalan serta mengemukakan cadangan kepada kerajaan. ''Antaranya ialah supaya setiap pengundi UMNO dihadiahkan kain batik sehelai, dua guni beras dan sepasang kasut kulit berjenama." ''Cadangan ini cukup baik kerana selama ini mereka tidak pernah menerima hadiah kasut, cuma kain batik dan beras sahaja,'' ujarnya. Katanya, kerajaan juga mengalu-alukan penyertaan aktif golongan pembodek profesional Melayu dalam usaha menghabiskan harta rakyat di negara ini. ''Selain Tun Daim dan saya sendiri, sepatutnya lebih ramai orang Melayu cuba merompak harta negara melalui rasuah dan penggelapan wang yang dibuat secara profesional,'' katanya. Oleh NAZARUDIN SHAHARI
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |