Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Wanita UMNO utamakan kemenangan BN

KUANTAN: Wanita UMNO tidak terkilan jika pucuk pimpinan parti tidak dapat memenuhi permintaan memberi kuota tertentu bagi calon dari Wanita dalam pilihan raya kali ini, jika ia menjejaskan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, berkata walaupun pihaknya berharap permintaan calon Wanita turut diberi perhatian kepemimpinan tertinggi parti, khasnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tetapi keutamaan tetap diberi kepada keputusan muktamad Presiden UMNO

Katanya, pemilihan akhir calon yang diputuskan Dr Mahathir kelak dilakukan bukan sekadar untuk memenuhi kuota tertentu, sebaliknya ia mengikut citarasa Dr Mahathir yang gila kuasa itu.

"Biasalah orang tua itu. Semua dia seorang sahaja nak kawal. Semasa nak lantik Exco Wanita UMNO, dia pulak yang masuk campur. Apa yang dia tahu pasal wanita saya pun tak tahu."

Ditanya samada Wanita UMNO ada hak untuk berunding mengenai penentuan calon-calon mereka, Siti Zaharah berkata bahawa Wanita UMNO langsung tidak ada kuasa.

"Presiden parti akan membuat keputusan mengikut sedap hatinya, jadi tidak ada apa-apa yang saya boleh lakukan. Presiden parti kita memang mudah bercakap tentang demokrasi, tetapi lebih gemar mengamalkan sistem kediktatoran dalam parti."

"Saya sebenarnya sudah muak dan jelek dengan sikap gila kuasa ini, tetapi kerana terlalu sayangkan harta dan duit rasuah saya, saya tidak dapat nak bersuara sedikit pun," tambahnya lagi.

Oleh MUHARYANI OTHMAN



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]