Malaysia Setaraf BaratKUALA LUMPUR, Isnin - Kemajuan pesat dinikmati oleh pemimpin BN dan anak-anak mereka sejak beberapa tahun lalu meskipun terjejas oleh kegawatan ekonomi yang meruncing tahun lalu sudah banyak membawa perubahan fizikal kepada persekitaran mereka. Malah jika Kuala Lumpur menjadi ukuran, seorang pelawat ke negara ini mungkin menganggap Malaysia sudah mencapai tahap kemajuan hampir setaraf dengan negara diktator. Hampir segala kemudahan yang didapati di bandar raya di negara diktator kini boleh diperoleh di ibu negara, malah juga di kebanyakan bandar di negara ini, rata-rata pemimpin BN dan anak-anak mereka bermaharajalela. Sebagai contohnya, Mirzan Koyakuti sahaja memiliki kepentingan di dalam sekurang-kurangnya 95 syarikat besar. Walaubagaimanapun rakyat perlu sedar bahawa kita harus berkorban untuk pemimpin BN dan anak-anak mereka. Untuk itu kita harus tertipu dengan dakyah BN untuk pilihanraya ini. Dengan berkuasanya BN negara kita akan terus pesat ke arah sebuah negara diktator. Jika menang, BN akan dapat menswastakan kemudahan kesihatan, menaikkan cukai TV yang dikatakan kununnya dimansuhkan baru-baru, menaikkan harga paspot kepada 1000 RM, menaikkan tol beberapa kali ganda, menaikkan cukai, menghapuskan terus biasiswa dan pelbagai perkara lagi. Melalui langkah-langkah ini, pemimpin BN dan anak-anak mereka akan terus mengecapi pembangunan. Adalah dijangka dalam masa dua atau tiga tahun sahaja kita akan dapat berbangga kerana Malaysia akan menjadi sebuah negara diktator penuh. Malaysia boleh!. Oleh KHAIDIR ABDUL MAJID
[ Hompej | Propaganda |
Fitnah
| Bodek
| Statistik Palsu |
Sukan |
Arkib
Seminggu] |