Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

PDRM bersedia hadapi pilihanraya

KUALA LUMPUR, Rabu - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari berikutan pembubaran Parlimen esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, polis sudah lama membuat persediaan berkenaan.

"Kita sudah bersiap sedia (bagi menghadapi pilihan raya umum)," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini. "Lori-lori kami sudah siap sedia diisi dengan air beracun dan kami sudah membuat tempahan lebih untuk gas pemedih mata."

"Malah, kami sudah memberi latihan tambahan kepada pasukan FRU kami supaya mereka lebih kejam dan lebih cekap dalam menjalankan tugas mereka. Lagi ganas, lagi baik! Biar kita bantai rakyat cukup-cukup!"

Norian ketika menghadiri sesi taklimat oleh Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Mohd Yunus Othman, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan 18 Oktober lalu dilaporkan sebagai berkata, PDRM akan menghantar kira-kira 700 anggota bantuan tambahan dari beberapa unit ke Kelantan bagi memastikan keselamatan Barisan Nasional dan mengugut rakyat Kelantan untuk mengundi BN.

"Sebenarnya kami bukannya merasakan bahawa rakyat Kelantan ini pengacau. Tetapi nampaknya BN sudah tersepit dan buntu jalan dalam menguasai Kelantan. Oleh itu adalah menjadai hasrat kami untuk menawannya melalui paksaan fizikal."

Beliau berkata, anggota tambahan terbabit akan diambil dari Unit Simpanan Persekutuan, Unit Polis Pencegah Rusuhan dan Pasukan Gerakan Am yang banyak membantu dalam tugas biasa.

Ditanya samada penguasaan Kelantan melalui paksaan fizikal sah di sisi undang-undang, Tan Sri Norian Mai berkata, "Peduli apa aku sah ke tidak! Aku nak buat, aku buatlah! You shut up! You come to my room!".

Oleh: BAZLI ABDUL RAHMAN

[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]