Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Polis Tidak Jangka Kekacauan Menjelang Pilihanraya

KOTA BAHARU, Khamis - Polis tidak menjangka sebarang kekacauan serius di negeri ini menjelang pilihan raya umum ini, kata Ketua Pasukan Memukul Rakyat Cawangan Kelantan Supt Alias Muhammad.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman lepas, polis percaya tidak akan timbul kes kekerasan atau kekacauan, baik pada hari penamaan calon Sabtu ini mahupun hari mengundi pada 29 Nov.

"Ini amat mengecewakan kami. Sebagai polis, kami bertugas memukul dan mencederakan rakyat. Jika tidak ada kekacauan, kami terpaksa letak beberapa orang SB untuk menimbulkan huru-hara. Jika tidak ada rusuhan, maka sia-sialah kami membeli cotar baru dan gas pemedih mata bernilai RM 2 juta baru-baru ini," katanya pada taklimat anjuran Biro Tata Negara di sini hari ini.

Beliau berkata polis akan memberi tumpuan utama di Kelantan di mana PAS dijangka meraih kemenangan besar.

"Tengku Razaleigh Hamzah telahpun mengarahkan kami membuat huru-hara di hadapan Istana Negeri jika PAS memenangi semula negeri ini," katanya.

Sehubungan itu, khidmat 700 anggota polis tambahan dari pelbagai unit akan lebih tertumpu kepada menimbulkan rusuhan. Mereka akan menyamar sebagai penyokong PAS dan KeADILan lalu menimbulkan provokasi dengan mengoyak poster Barisan Nasional.

Polis juga akan menyusun atur trafik kerana menjangka sedikit kesesakan lalulintas di beberapa jalan utama semasa hari mengundi pada 20 Nov.

"Polis akan menutup beberapa batang jalan termasuk Jalan Dato' Pati, Jalan Maju, Jalan Doktor, Jalan Padang Garong dan Jalan Hospital kerana kawasan ini akan digunakan oleh penyokong PAS dan KeADILan untuk pergi ke pusat pembuangan undi. Mereka akan dihalang atas alasan bahawa jalan ini dibina oleh kerajaan pusat dan hanya penyokong Barisan Nasional dibenarkan menggunakannya," katanya.

Bagaimanapun, pengikut Barisan Alternatif tetap dibenarkan menggunakan jalan-jalan tersebut sepanjang tempoh itu asalkan mereka membayar tol sebanyak RM 15 setiap seorang kepada Syarikat Renong Berhad.

Menurut Alias, polis akan membuka bilik gerakan khas dan pusat kawalan yang beroperasi 24 jam di semua daerah di negeri ini bagi memudahkan anggota polis mengisi tong-tong gas pemedih mata yang kosong serta mendapatkan bekalan cotar yang baru menggantikan yang sudah patah setelah digunakan untuk memukul penyokong Barisan Alternatif.

oleh R. RAVICHANDRAN



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]