BN Pilihan Rakyat Untuk Masa Depan StabilPengerusi BN, Mahathir Koyakuti hari ini mengingatkan rakyat bahawa BN sahajalah yang dapat menjaminkan masa depan yang cerah dan negara yang penuh dengan keharmonian dan kestabilan. Beliau berucap hari ini ketika menyampaikan ucapan kepada Pasukan Gerak Gempur Pemuda UMNO di Parit Buntar hari ini. Majlis itu dihadiri oleh 30 orang penyokong totok yang telah dibayar RM 50 setiap satu. "Kalau tiada BN, tak dapatlah saya dengan keluarga saya hidup dengan penuh kemewahan dan keamanan di mahligai-mahligai dan banglo-banglo kami yang dibeli dengan duit rakyat." "Kalau tiada BN, kehidupan saya tidaklah penuh dengan keharmonian dan riang ria." Seorang hadirin yang agak keliru kemudiannya bertanya, bukankah tanggungjawab seorang pemimpin adalah untuk memastikan kestabilan dan kesenangan hidup rakyatnya, dan bukannya hidup sendiri. Menjawab soalan tersebut, Mahathir Koyakuti berkata, "Laaa... apasal hang ingat manifesto ini untuk awak. Saya fikir tentang keluarga saya sahaja. Asalkan saya sorang hidup senang dan aman damai, cukuplah." "Saya peduli apa kalau kamu semua hidup miskin dan keparat dalam negara huru-hara dan hancur. Kamu semua bukannya penting bagi saya. Asalkan kamu teruskan menampung saya dengan duit cukai kamu, takpelah." oleh ALI MAMAT
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |