Berita Hairan Edisi Internet
Isu kenaikan harga ayam diselesaikan KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Setelah beberapa minggu berlawan kata, Menteri Hal-Ehwal Pengguna dan Perdagangan Tempatan dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat berjaya menyelesaikan isu kenaikan harga barang-barang keperluan. Hari ini selepas sebuah pertemuan tiga jam untuk menyelesaikan perbezaan mereka, semua pihak bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih rapat untuk mengawal kenaikan harga. Apabila dihubungi untuk pendapatnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Phew! Nasib baik perkara ni selesai cepat. Kalau tak buat malu aje saya. Dahlah muka saya keluar kaca TV hari-hari. Tak pasal-pasal pulak!" Senator Zainal Rampak, Presiden MTUC pula berkata, "Aisey, macam mana la ni... saya penat-penat berkempen semata-mata nak cari glamour, tapi takde orang pun nak beri perhatian kepada saya. TV3 asyik menemuduga Hamdan Adnan aje." Kepada persoalan itu, Presiden FOMCA, Prof. Hamdan menjawab, "Tulah Zainal... kau asyik jilat bontot PM ingat terror sangat. Tak sedar diri muka tak hensem, nak cari glamour buat kempen-kempen boikot ni. Orang berjuang untuk rakyat, bukan untuk keluar muka kat TV!" Presiden MBM, Saifuddin Abdullah pula berkata, "Diamlah! Kamera TV3 tengah fokus kat saya. Saya ni dahlah tak dapat kerusi DUN seperti yang dijanjikan dulu. Paling kurang, biarlah muka saya keluar TV sebab buat kempen-kempen glamour macam ni." [ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |