Berita Hairan Edisi Internet
Ramai lagi ahli UMNO menawarkan diri untuk
bertanding KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Persaingan sengit untuk jawatan Naib Presiden UMNO dihangatkan lagi apabila beberapa tokoh UMNO menawarkan diri untuk jawatan tersebut. Antara yang telah tampil ke hadapan termasuk Datuk Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor dan calon SPM Bahasa Inggeris, Syed Hamid Albar, Duta Besar Malaysia ke Israel, serta Rais Yatim, veteran UMNO yang perasan pakar perlembagaan. Sementara itu, di Ketua Cawangan Kampung Selut, Rantau Abang, Mohd. Shah Razali menyatakan hasratnya untuk bertanding. "Saya sedia bertanding jawatan Naib Presiden UMNO jika mendapat sokongan ahli," katanya. Pencalonannya disokong oleh ahli UMNO cawangan Kampung Selut yang kebanyakannay saudara-mara dan kawan rapatnya. Sementara itu di Tawau Sabah, semua ahli UMNO Bahagian Tawau menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ketuanya Mohd. Nasir Khan Jalal Khan berkata, "Kalau orang macam Rais Yatim nak bertanding, kami pun nak bertanding. Oleh itu, kami sedia bertanding jika mendapat sokongan ahli-ahli UMNO." Turut menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO ialah Ramli Sudin, ahli biasa cawangan Taman Selayang Baru. Beliau yang juga bertugas sebagai penjaga keselamatan PWTC menyatakan bahawa beliau layak juga untuk bertanding. "Saya menawarkan diri saya untuk jawatan Naib Presiden UMNO jika mendapat sokongan semua ahli UMNO." Seorang penganalisis politik menyatakan bahawa semua calon yang bertanding akan mendapat peluang sama rata untuk memenangi kerusi tersebut. "Alaaa... UMNO, letuk beruk pun dia boleh menang. Kau ingat orang UMNO ni pandai sangat ke?" [ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |