Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Pemimpin utama UMNO tersingkir

KUALA LUMPUR, Sabtu - Presiden UMNO(baru), Dr Mahathir Koyakuti hari ini telah mengumumkan bahawa beliau memecat dirinya sendiri daripada parti. Pemecatan ini dilakukan kerana ingin menunjuk semangat M'sia boleh kepada semua rakyat dunia dengan menjadi pemimpin parti politik pertama yang memecat dirinya sendiri.

Pemecatan ini difahamkan akan disemak oleh Buku Rekod Guiness selepas pilihanraya. Semua ahli UMNO(baru) dilaporkan sungguh bangga sehingga kembang-kempis hidung mereka. Ketua Wanita berkata "Ish, bangga!" manakala Ketua Pondan pula bersorak "Yahoo! kembang lagi hidung kita".

Ekoran dari pemecatan diri ini semua pemimpin UMNO(baru) yang lain dilaporkan akan mengikuti contoh yang dilakukan oleh Bakal Bekas Presiden mereka itu. Pemecatan diri sendiri secara beramai-ramai dijangka akan menyusuli tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun Coolie dijangka tidak akan memecat dirinya sendiri kerana martabatnya yang terlampau rendah sehingga tidak mampu untuk berbuat sedemikian. Lagipun beliau begitu takut kempunan untuk menjadi Presiden UMNO(baru) yang baru.

Beliau akan menerajui Umno (baru) kerana ahlinya akan tinggal beliau seorang diri. Untuk mengelakkan kekeliruan terhadap sebutan UMNO(baru) kepada UMNO(baru-ah), beliau dijangka akan dapat meminda perlembagaan UMNO(baru) kepada UMNO(baru-baru) dengan majoriti 100% (kerana beliau seorang sahaja ahli).

Pemindaan ini seterusnya akan membenarkan katak perliharaan beliau menjadikan ahli (baru) UMNO(baru-baru) tersebut.

Oleh: Editor BARU



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]