Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Sanusi Sahkan Pertahan DUN Kuah

ALOR STAR, Jumaat - Bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi DUN Kuah.

Kata Sanusi, "Horay! Akhirnya Dr Mahathir Koyakutty mengalah dan mengizinkan juga saya bertanding."

Sanusi digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional minggu lepas tetapi bertindak segera untuk meletakkan namanya kembali dalam senarai tersebut.

"Saya berkhemah selama dua hari dua malam di hadapan mahligai Dr Mahathir Koyakutty di Putrajaya. Setiap hari saya menangis tidak berhenti-henti memohon supaya karier politik saya tidak dimusnahkan. Akhirnya, setelah mencium kaki isteri Perdana Menteri, Dr Mahathir Koyakutty bersetuju meletakkan semula nama saya."

Sanusi juga dilaporkan mengugut Dr Mahathir Koyakutty jika beliau tidak dicalonkan beliau akan meminta keluarga isterinya di Aceh untuk menyerang dan menakluk Kedah.

"Tahu pun takut!" ujar Sanusi dengan penuh gembira.

oleh ALIA ZAIN DESA



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]