Pemuda BN Bertegas PM Mesti Orang Melayu
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendirian bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah orang Melayu, kata pengerusinya Datuk Hishammuddin Tun Hussein. Katanya Pemuda BN menganggap kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia menerima pemimpin bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, tidak boleh diterima pakai. "Dengan itu, pemuda Barisan Nasional secara rasmi menolak Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Hishammuddin berkata oleh kerana Datuk Seri Dr Mahathir adalah dari kaum Tamil, beliau tidak menepati syarat yang diletakkan. Hishammuddin berkata Datuk Seri Dr Mahathir yang dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925 adalah orang India. "Setahu saya, sebelum tahun 1969, kad pengenalan Dr Mahathir menulis bangsanya sebagai "Tamil" dan bukannya "Melayu". Kata Hishammuddin lagi, "Selepas tahun 1969, Dr Mahathir menukar namanya daripada Mahathir Kutty s/o Mohamed Iskandar Kutty kepada namanya sekarang untuk membolehkannya menyertai UMNO". Beliau juga merujuk kepada bukti yang menunjukkan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga tidak layak menjadi Perdana Menteri. "Abdullah adalah seorang Badwi, bermakna dia berbangsa Arab dan bukannya Melayu." Menurut Hishammuddin lagi, "Saya berpendapat tidak ada pemimpin tinggi UMNO yang layak menjadi Perdana Menteri kerana mereka semua bukannya Melayu." "Datuk Seri Najib berketurunan Bugis sementara Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai darah Siam. Tan Sri Sanusi Junid pula berasal dari Aceh, Indonesia. Oleh itu mereka semua tidak layak, kecuali saya". Apabila disoal tentang darah datuknya, Datuk Onn Jaafar yang berasal dari Turki, Hishammuddin berkata, "Alamak! Lupa pulak!" Oleh: AINUL ASNIERA DAN NOR AZIAH JAAFAR
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |