Dr Mahathir Demokrat Tulen Kerana Pilih Penyokong Anwar, Kata ZahidIPOH, 19 Nov (Bernama) -- Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah seorang demokrat tulen kerana memilih penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kali ini. "Beliau menunjukkan keikhlasan dengan mengambil semua orang tanpa membezakan latarbelakang sejarah politik seseorang yang menghadapi masalah dalam parti," katanya selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) negeri Perak oleh Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib. "Yang penting baginya ialah kesanggupan kita untuk menjual prinsip dan maruah diri serta membelakangi perjuangan yang tulen. Tengoklah saya, walaupun saya ini dianggap pariah oleh rakyat kerana meninggalkan kawan-kawan saya yang berjuang mati-matian untuk kebenaran, dia tetap ambil saya sebagai calon." Datuk Ahmad Zahid dicalonkan semula sebagai calon BN bagi kawasan parlimen Bagan Datoh, di Perak pada Sabtu yang lepas. "Dia juga tidak pernah lupa kepada veteran-veteran UMNO yang telah banyak berjasa dalam menyebarkan fitnah buruk terhadap Anwar. Tengok, Rais Yatim dan Ghafar Baba dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen." Beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang bersifat demokratik dan sentiasa berusaha untuk menggalakkan orang-orang dalam UMNO dan BN untuk bersuara jika ada apa-apa yang perlu dibangkitkan. "Cuma yang penting, apabila kita bercakap dengan dia, kita haruslah puji dia banyak-banyak dan rendah diri dengan sehina-hinanya. Kalau jilat kasut dia lagi elok." "Kita boleh cakap apa-apa sahaja kepadanya, asalkan ia tidak bertentangan dengan arahannya." oleh JAMIL BORHAN
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |