Anak Abdullah Badawi Mahu Saman EzamPETALING JAYA, Rabu - Kamaluddin Abdullah, anak kepada Timbalah Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi, telah mengarahkan para peguamnya untuk memulakan tindakan perundangan terhadap Ketua Pemuda KeADILan, Mohd Ezam Nor. Kamaluddin menyifatkan tuduhan Ezam bahawa penerimaan satu kontrak kerajaan olehnya adalah melalui nepotisme merupakan satu tuduhan yang cukup menghina. "Saya menganggap tuduhan itu cukup menghina saya, kerana sebenarnya telah berjuta-juta ringgit duit rakyat telah saya dapat curi melalui nepotisme, bukan sekadar kontrak ini sahaja." Kamaluddin menganggap tuduhan tersebut memberi gambaran bahawa dia tidak berupaya untuk menyalahgunakan kedudukan bapanya sebagai Timbalan Perdana Menteri secukup-cukupnya. "Saya bukan sahaja mendapat kontrak menyediakan makanan dengan tentera sahaja, malah dengan beberapa buah universiti tempatan. Saya juga telah memenangi beberapa kontrak lain hanya dengan mengingatkan penawar tender tentang hubungan saya dengan bapa saya." Kamaluddin meminta agar masyarakat semua sedar bahawa dia sebenarnya tidak terlibat dalam bisnes menjaga kantin sahaja, tetapi sama hebat dengan Mirzan Mahahthir yang menjadi pengarah kepada 95 buah syarikat tempatan. Oleh ROSLINA WAHAB
[ Hompej | Propaganda |
Fitnah
| Bodek
| Statistik Palsu |
Sukan |
Arkib
Seminggu] |