Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

PDRM Mendapati Anwar Tidak Pernah Diracun

KUALA LUMPUR, Khamis - PDRM telah menjalankan penyiasatan penuh ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapati bahawa beliau tidak mempunyai kandungan racun arsenik atau mana-mana racun yang berlebihan, kata Ketua Polis Negara Norian Mai.

Malah kandungan arsenik yang dikatakan sehingga 2000 microgram itu dikatakan oleh Norian sebagai tahap kandungan biasa banduan-banduan pihak penjara Malaysia.

"2000 microgram? Alaa... biasalah tu. Pegawai SB kami di penjara-penjara Malaysia sentiasa meletakkan segala macam racun di dalam makanan banduan kami."

"Datuk Seri Anwar patut bersyukur kerana dapat racun arsenik sahaja. Ada sesetengah banduan tu dapat racun tikus."

"Kami sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan bilangan banduan di penjara-penjara kami. Datuk Seri Anwar hanya seorang daripada beribu-ribu ahli program pengurangan banduan kami."

Apabila ditanya sama ada tiada jalan yang lebih elok, Norian menjawab, "Mereka ini kalau mati lagi cepat lagi elok, menyusahkan kami sahaja. Tugas kami menjaga keamanan, bukan nak jaga banduan."

Oleh: RASHID ABDUL RAZAK



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]