Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Keputusan Terawal Jam 8.30 Malam

KUALA LUMPUR, Isnin - Keputusan pertama pilihan raya umum ke-10 dijangka diketahui pada jam 8.30 malam esok, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bagaimanapun, katanya, keputusan terakhir tidak dapat diramalkan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir masih berfikiran cerewet dalam memilih senarai calon BN.

Ini berkaitan ura-ura bahawa Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid bakal digugurkan dan digantikan dengan Ketua Setiausaha Negara, Abdul Halim Ali. Khabar angin juga mengatakan bahawa Wan Mokhtar tidak akan kembali sebagai Menteri Besar Terengganu.

Wan Ahmad berkata, SPR hanya menunggu isyarat 'lampu hijau' daripada Pejabat Perdana Menteri untuk menentukan calon-calon BN yang mana yang bakal memenangi pilihanraya akan datang ini.

"Kami sebenarnya sudah siap sedia untuk memberi kemenangan mutlak kepada calon-calon BN yang diluluskan oleh Perdana Menteri, tetapi setakat ini, tidak ada apa-apa yang disampaikan olehnya."

Wan Ahmad juga proses penyelewengan undi memakan masa sehari. "Setelah kami tahu calon mana yang dikehendaki PM, kami akan mengeluarkan kertas-kertas undi palsu bagi menentang kertas-kertas undi betul yang sudah tentunya memilih parti-parti Barisan Alternatif."

"Kami hanya dapat melakukan semua ini dalam masa satu hari, jadi keputusan akhir pilihanraya tahun ini boleh diketahui esok malam, jam 8:30."

Beliau juga menasihatkan agar Barisan Alternatif untuk menyimpan duit dalam tabung kempen mereka kerana SPR akan menggunakan 'segala bidang kuasanya' untuk memastikan kemenangan BN.

Oleh ADLINA WAHAB



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]