Ummi Hafilda Tidak Terlibat Konspirasi
BATU PAHAT 9 Nov. - Salah seorang saksi utama perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak "terlibat" dalam konspirasi untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Menurut Ummi, "Adalah merupakan satu penghinaan bahawa saya dituduh "terlibat" dalam konspirasi menjatuhkan Anwar. Sebenarnya saya bukan "terlibat" sahaja, tetapi sayalah yang merancang segala-galanya." "Isteri Datuk Megat Junid, Ziela Jalil, hanya menumpang syok sendiri kononnya dia merancang konspirasi itu. Sebenarnya sayalah yang merancang dan dia hanya terlibat." Kata Ummi lagi, "Walaupun saya tidak bersekolah tinggi, tetapi saya bersumpah saya pandai merancang konspirasi". Ummi mendakwa akan membuat pengakuan bersumpah bahawa dia pandai. Ummi juga turut menafikan tuduhan sesetengah pihak kononnya beliau dijanjikan bayaran RM2.5 juta untuk membuat cerita rekaan bagi menjatuhkan Anwar. Menurut Ummi, "Saya gila jika saya menerima hanya RM 2.5 juta. Sebenarnya, bayaran yang saya terima ialah RM 5.5 juta. Saya terima duit itu daripada Tun Daim Zainuddin. Resitnya pun saya simpan lagi." Katanya, beliau sedih kerana sejak akhir-akhir ini teori konspirasi dikaitkan antara beliau dengan beberapa tokoh politik tanah air. ''Dengan nama Allah, Allah yang Maha Agung, Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya, saya bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya saya tidak pernah diperalatkan oleh mana-mana tokoh politik dalam membuat surat perihal salah laku (terhadap Anwar). ''Sebenarnya, bukan tokoh politik yang menyuruh saya membuat tuduhan palsu terhadap Anwar, tetapi tokoh perniagaan iaitu Daim Zainuddin. Pada masa itu, Daim bukan lagi orang politik, tetapi sudah bersara. " "Oleh itu, sumpah saya bukannya bohong kerana saya hanya kata orang politik tidak terlibat'' ujar beliau dalam ceramahnya di Dewan Orang Ramai Parit Raja di sini, malam tadi. Seramai dua puluh pelajar sekolah rendah menghadiri ceramah itu setelah dijanjikan beg sekolah percuma seorang satu. Oleh: BAZLI ABDUL RAHMAN
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |