Pemilik Restoran India Memilih Barisan NasionalKUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia telah mengisytiharkan sokongan padu mereka terhadap MIC dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 29 Nov ini. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Ramalingam Pillay berkata di bawah kepimpinan Dr Mahathir Koyakutty, masyarakat India menikmati kemewahan berlipat ganda. "Apa pasey mahu lain orang undi, itu Mahathir kita punya worang juga. Satu kapal juga ada mari sama saya punya atta, " katanya kepada Bernama di sini. Ramalingam berkata persatuan itu telah mengedarkan roti canai dan kuah kari semalam kepada 80 anggotanya di seluruh negara untuk dijual di pusat kempen Barisan Nasional. "Pilihanraya ka, tada pilihanraya ka, suma worang musti makan juga," katanya. Seorang lagi peniaga makan Jamarulkhan Kadeer berkata kerajaan Barisan Nasional menjadi pilihannya kerana Barisan Alternatif tidak mencalonkan orang India sebagai Perdana Menteri. "Dr Mahathir Koyakutty merupakan peluang terbaik orang India untuk menjadi Perdana Menteri," katanya. Jamarulkhan bagaimanapun mengeluh kerana anak-anak Dr Mahathir Koyakutty terlalu kebaratan. "Dia punya bapak banyak suka roti canai makan. Tapi dia punya anak burger saja makan. Ini macam susah mahu meniagalah!" katanya. Ditubuhkan pada 1992, persatuan itu mempunyai kira-kira 80 anggota dan dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Begum Hasmah Bibi. oleh MOHAMED ZABIDI OSMAN
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |