Kelantan Akan Ditukarkan Menjadi Switzerland
KUALA LUMPUR, 10 November 1999 : Datuk Paduka Berahim Ali hari ini memberitahu di rancangan Bincang Petang di TV3 bahawa Kelantan akan ditukarkan menjadi Switzerland jika BN memerintah. Beliau menegaskan bahawa Kerajaan BN akan memajukan Kelantan jika dipilih memerintah. Sambil mengambil contoh kekayaan rakyat di negeri jiran iaitu Terengganu beliau berkata "Di T'ganu sejak 25 tahun di bawah pemerintahan Wan Mokhtar, rakyat semua kaya-kaya. Setiap penduduk Terengganu, negeri yang banyak minyak, ada tujuh hingga lapan akaun bank di luar negara. Pendapatan purata rakyat di Terengganu ialah tujuh juta enam ratus ringgit dan tujuh sen setiap minggu". Ketika ditanya mengenai laporan bahawa rakyat Terengganu miskin, beliau menjawab "Eleh, diorang ni sederhana. Walaupun duit berkoyan, saja suka makan nasi lauk garam". Berahim Ali seterus menegaskan bahawa, jika BN dipilih, kajian statistik terperinci telah menunjukkan bahawa Kelantan akan menjadi Switzerland dalam masa satu tahun tiga hari dan dua saat sahaja. Beliau seterus berkata Kelantan tidak lagi akan dikenali sebagai Serambi Mekah tetapi Serambi New Zealand. Apabila ditanya apa kena-mengena Switzerland dengan New Zealand, beliau menjawab "Eh tapi Kelantan kan dekat dengan Pahang". Apabila ditanya lagi apa pulak dah kenanya Switzerland dengan Pahang beliau dengan yakin dan tersenyum menjawab "Laaa! Kampung New Zealand kan kat Pahang, Kalau Kelantan jadi Switzerland dan Kelantan dekat dengan Pahang boleh kita panggil Kelantan sebagai serambi New Zealand". Selepas jawapan tersebut, Berahim pun menghirup kopi free yang disediakan oleh pihak TV. Seronok bukan main!
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |