Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Daim Yakin Rakyat Sokong BN

SUNGAI PETANI, Ahad - Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, yakin rakyat akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 29 November ini.

Katanya, ini berdasarkan kepada maklumat yang diterimanya daripada para penyokongnya yang telah menyebarkan kain-kain sarong dan wang kertas 50 ringgit kepada para penduduk di Merbok.

"Kalau BN tak menang pun, dengan duit sogokan yang telah saya tabur ini, paling kurang saya gerenti menanglah. Walaupun saya katik dan terbantut, muka macam sireh, tapi disebabkan wang sogokan, rakyat terus sokong saya."

Tun Daim berkata soal ekonomi terus juga menjadi penggerak utama kepada rakyat untuk terus sokong BN.

"Saya tahu berapa banyak yang telah saya rompak kepada rakyat. Siapa yang nak kaya cepat kena baik-baik dengan saya. Oleh itu, kalau rakyat nak kemajuan ekonomi sendiri, terpaksalah mereka berbaik-baik dengan saya."

"Tengok Halim Saad dan Tajudin Ramli - sampai hutang mereka yang berkoyan-koyan tu saya sanggup bayar. Kalau anda nak hidup senang seperti mereka, undilah BN!"

Berkenaan kepemimpinan berprinsip dan kepentingan berjiwa rakyat, Tun Daim menjawab, "Eh? Apa tu?"

oleh SAMSUDIN ABU HASSAN



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]