Pucuk Pimpinan BN Tentukan CalonKUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan mereka sebagai calon pada pilihan raya umum 29 November nanti. Tokoh-tokoh BN itu semuanya berpendapat bahawa pucuk pimpinan parti, iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin parti berhak mutlak untuk menentukan sama ada mereka digugurkan atau ditukarkan kerusi. Di KUALA LUMPUR, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan desas-desus bahawa Abdul Halim Ali akan dilantik Menteri Besar Kedah hanyalah khabar angin yang diharapkan menjadi kenyataan. "Baguslah tu kalau Halim jadi MB Kedah. Selama ini pun Sanusi langsung tak guna sebagai MB Kedah. Kalau Sanusi digugurkan, saya akan buat majlis kesyukuran kerana tidak tahan dengan egonya," kata Timbalan Perdana Menteri ketika ditanya mengenai kemungkinan Abdul Halim bertanding dalam pilihan raya nanti. Pemimpin lain pula menyifatkan desas-desus berhubung pengguguran mereka daripada senarai nama calon sebagai mimpi paling buruk bagi mereka. Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad berkata: "Ya Allah, tolonglah jangan pecat saya... saya banyak lagi hutang nak selesaikan... kalau tak ada duit rasuah, bankraplah saya...." Di JASIN, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin berkata : "Harap-harap dapatlah bertanding lagi, tetapi saya sebenarnya tak ada telur nak pergi jumpa dengan dia dan mintak kerusi Ketua Menteri lagi." "Saya patut diberi peluang kerana baru tiga tahun jadi Ketua Menteri, belum cukup lagi harta rakyat yang sudah saya rompak." Di BUTTERWORTH, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Dr Ibrahim Saad, akur dengan keputusan kepemimpinan tertinggi Umno jika beliau tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya umum kali ini. "Apa nak buat? Kita ni hanya mainan politik sahaja. Kalau Mamak Bendahara itu cakap pergi, mahu tidak mahu, terpaksa buat jugalah," katanya. Di KUALA KANGSAR, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk menentukan kedudukannya sama ada bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). "Saya sebenarnya lebih suka jadi Ketua Menteri Perak sebab banyak lagi duit boleh curi, tapi orang tua tu selalunya jeles tengok duit I berkoyan-koyan." Oleh MAURICE KHOO
[ Hompej | Propaganda |
Fitnah
| Bodek
| Statistik Palsu |
Sukan |
Arkib
Seminggu] |