Belanjawan Akan Dibentang Semula Selepas Pilihanraya
KUALA LUMPUR, Khamis - Semasa mengumumkan pembubaran Parlimen pada sidang akhbar Rabu lepas, Bakal Ketua Pembangkang Mahafiraun Mohamad memaklumkan bahawa Belanjawan 2000 terpaksa dibentang semula selepas pilihanraya umum kali kesepuluh. Ini kerana belanjawan tersebut tidak sempat diluluskan oleh parlimen pada persidangan-persidangannya sebelum ini. Belanjawan 2000 akan ditentukan oleh parti mana yang berjaya memiliki kuasa dalam pilihanraya yang akan datang. Walau bagaimana pun, Mahafiraun berkata, "Rakyat tidak perlu risau tentang perubahan-perubahan dalam Belanjawan 2000 yang baru sahaja dibentangkan. Saya sudah memastikan bahawa BN akan menang pilihanraya yang akan datang ini." "Kami akan tetap teruskan dengan Belanjawan 2000 ini setelah menggondol pilihanraya akan datang. Namun, saya merasakan oleh kerana kita kembali berkuasa, kita tidak perlu memberi sogokan kepada rakyat lagi dan akan melakukan perubahan yang sewajarnya untuk mengisi perut saya, kaum keluarga saya dan kroni-kroni saya." Apabila ditanya kemungkinan belanjawan sedemikian tidak mungkin diluluskan, Mahafiraun berkata, "Oh tak perlu risau - BN akan menang 213 kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang dan belanjawan akan diluluskan oleh semua orang. Kalau ada yang tak setuju, kita beli sahaja mereka." Oleh: RASHID ABDUL RAZAK
[ Hompej | Propaganda |
Fitnah
| Bodek
| Statistik Palsu |
Sukan |
Arkib
Seminggu] |