Manifesto BN Belum Diumum Tidak Jejaskan PartiKUALA LUMPUR 12 Nov. - Barisan Najis (BN) telah sedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-10 walaupun manifestonya masih belum diumumkan, kata Abdullah Badawi. Timbalan Pengerusi Barisan Najis itu berkata, beliau juga yakin ia tidak akan menjejaskan jentera parti atau mengurangkan sokongan rakyat kepada parti itu. ''Ini bukan perkara baru dalam Barisan Najis, sudah sembilan kali (pilihan raya diadakan). Kita masih mempunyai masa untuk menipu undi dan mengugut para pengundi. Wang rasuah sebanyak RM 2 billion sudah tersedia, itu tidak termasuk kain batik, beras dan minyak masak,'' katanya kepada pemberita. "Pengundi Malaysia bukan pandai sangat. Kalau kita terbit manifesto pun bukan mereka baca!" ujar Badawi lagi. Kata beliau, BN juga tidak perlu terikut-ikut dengan pihak pembangkang yang awal-awal lagi telah mengemukakan manifesto mereka. ''Ini manifesto Barisan Najis, tidak perlu fikir panjang-panjang. Kita cuma ada dua prinsip iaitu kita mesti ikut cakap Dr. Mahathir dan kedua, kita mesti makan rasuah sebanyak mungkin sementara ada peluang.'' Menurut Badawi, ia boleh diumum bila-bila masa, kerana RTM dan TV3 "kepunyaan UMNO". oleh BAHAROM MAHUSIN
[ Hompej | Propaganda |
Fitnah
| Bodek
| Statistik Palsu |
Sukan |
Arkib
Seminggu] |