Cabaran Hishammuddin Kepada Mahfuz, Ezam Tidak BerjawabBandar Tenggara, 9 November - Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin Hussein hari ini mencabar para pemimpin Pemuda PAS yang digelarnya "penakut dan tidak sanggup menghadapi cabaran". "Setakat berdebat dan berbahas, itu stail lama. Mari kita bertarung stail baru". Hishammuddin dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda UMNO Johor berkata, "Walaupun sudah berkali-kali dicabar, namun Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar masih tidak berani menyahut cabaran saya". "Mahfuz hanya berani mencabar saya berdebat, tetapi bila saya cabar dia, Mahfuz tidak berani," ujar Hishammuddin. Apabila ditanya oleh pemberita tentang bentuk cabaran beliau, Hishammuddin menjawab, "Cabaran Pemuda UMNO bukan sebarang cabaran. Kami yakin Pemuda PAS dan KeADIlan tidak berani menyahut". "Tidak usah katakan Mahfuz, Ketua Pemuda KeADILan Ezam Mohamad Nor pun tidak tentu berani bertarung dengan saya". Hishammuddin, yang mendapat tepukan gemuruh kesemua 12 orang ahli Pemuda UMNO Johor yang hadir di majlis itu berkata, "Di mana-mana sahaja, saya berani bertarung minum bir dengan Mahfuz atau Ezam". Hishammuddin, bekas juara minum bir Hard Rock Cafe Kuala Lumpur menyatakan, "Apa guna Mahfuz dan Ezam berceramah di sana sini kalau hendak menyahut cabaran minum bir pun tidak sanggup. Kalau betul anak jantan, marilah!" Menurut Hishammuddin, tidak ada di kalangan Pemuda UMNo yang tidak berupaya menggantikannya dalam memenuhi cabaran ini. "Semua Pemuda UMNO sama hebat dengan saya dalam perkara ini," ujar Hishammuddin lagi. Apabila ditanya samada cabaran yang sama juga ditujukan kepada Pemuda DAP, Hishammuddin menjawab, "Kalau Ketua Pemuda DAP Melayu saya beranilah, tapi kalau bukan, saya terpaksa fikir dahulu..." Kata Hishammuddin, jika Mahfuz dan Ezam berani pertarungan minum bir itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan siaran secara langsung menerusi televisyen dan radio. OLEH AZMI UJANG
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |