Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Melayu Kelas Menengah Tetap Menyokong

KUALA LUMPUR, Khamis - Menteri Kewangan Kedua, Mustapa Mohamad menolak dakwaan bahawa Melayu kelas menengah, terutama di Lembah Kelang tidak menyokong kerajaan.

"Kami sudahpun memastikan bahawa ramai Melayu kelas menengah menyokong kita pada pilihanraya ini kerana kami sudah menyogok mereka dengan duit rasuah yang begitu banyak."

"Sebagai Menteri Kewangan Kedua, saya cukup sedar tentang duit berjuta-juta yang telah saya luluskan atas alasan menawarkan kontrak kepada orang Melayu, demi untuk membeli sokongan mereka."

Beliau berkata ramai Melayu kelas menengah yang bergantung semata-mata kepada duit sogokan UMNO untuk hidup mewah akan terus memberi sokongan padu dan fanatik mereka kepada BN dan UMNO pada pilihanraya akan datang.

Walau bagaimanapun, beliau terpaksa mengaku bahawa sebahagian besar Melayu kelas menengah mempunyai kesedaran tinggi tentang tanggungjawab mereka kepada negara dan tidak rela untuk dikaitkan dengan perjuangan UMNO yang bersifat kebendaan semata-mata.

"Orang-orang seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada kita. Saya pun tak tahulah macam mana untuk menghadapi mereka. Hancurlah kami kalau semua orang Melayu macam ini."

Oleh ALI MAMAT



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]