Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Kerajaan Bayar Bonus Bulan Ini

KUALA LUMPUR, Isnin - Kakitangan awam tetap akan menerima bonus mereka bulan ini walaupun Belanjawan 2000 akan dibentangkan semula selepas pilihan raya umum 29 November ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed berkata, "Bayaran bonus ini tidak membabitkan Belanjawan 2000. Oleh itu, semua kakitangan kerajaan akan mendapat bonus sebanyak RM400 bulan ini."

"Sebenarnya ini satu lagi taktik kami untuk membeli sokongan untuk BN daripada kakitangan kerajaan kerana kami sedar bahawa sokongan itu tidak akan datang dengan sendirinya."

"Kami juga telah mengemukakan beberapa alasan lain mengapa pemberian bonus ini adalah satu langkah yang wajar dan tidak bermotifkan politik, tetapi saya percaya rakyat semua tahu tujuan sebenar kami berbuat demikian."

Beliau juga mengatakan bahawa pemberian bonus ini kononnya untuk menunjukkan bahawa kerajaan komited kepada belanjawan yang lepas, tetapi ini jelas satu penipuan kerana Belanjawan 2000 itu sendiri tidak digunakan.

"Kamu jangan percaya belanjawan-belanjawan ini.... akhirnya duit rakyat dapat kat Mahafiraun jugak."

Oleh SHAREEM AMRY



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]