Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Sanusi Sah Bertanding Kerusi Negeri

LANGKAWI, 11 Nov - Menteri Besar Kedah Sanusi Junid hari ini mengesahkan yang beliau akan bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum ini.

Sanusi, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, menjawab "Harap-harap begitulah" semasa ditanya sama ada beliau akan dikekalkan sebagai Menteri Besar jika Barisan Nasional kembali berkuasa.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima perkenan Sultan Kedah bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini, Sanusi berkata beliau sebenarnya tidak yakin untuk memenangi sebarang kerusi Parlimen kalau bertanding sebagai Ahli Parlimen.

"Sebenarnya kalau saya bertanding kerusi DUN, belum tentu menang juga. Tapi sebab kerana saya masih degil dan dahagakan kuasa, saya tetap juga bertanding."

"Saya masih merasakan bahawa belum cukup lagi harta rakyat Kedah yang dirompak saya dan diberikan kepada anak-anak dan suku-sakat saya. Sebab itulah saya masih berminat untuk menjadi Menteri Besar Kedah."

"Dulu masa Osman Aroff jadi MB Kedah, banyak duit rakyat dia songlap, jadi saya mahu pecahkan rekod dia. Saya cukup iri hati dengan kesenangan hidupnya semasa dia menjadi MB Kedah."

Sanusi juga berharap rakyat semua datang ke ceramah-ceramahnya yang bakal bertambah semasa kempen pilihanraya akan datang. Walaupun ramai orang mendakwa dia selalu bercakap mengarut, dia yakin ada juga yang masih berminat untuk mendengar ceramah-ceramahnya.

Apabila ditanya, Sanusi mengaku pula bahawa tujuan dia berceramah di sana sini bukannya untuk memberi penerangan, tetapi mengambil angin di tempat-tempat seperti Langkawi. "Apa salahnya kita relaks sikit sebelum pilihanraya?" kata Sanusi.

Oleh: RASHID ABDUL RAZAK

[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]