Tok Mat Rela Kerana Sudah JanjiKUALA LUMPUR, Jumaat - Bekas Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat, tidak kecewa apabila tidak dicalonkan semula bagi kawasan Parlimen Pulai yang dikuasainya sejak 30 tahun lalu. Setiausaha Agung Barisan Nasional itu ketika ditemui di sini hari ini, berkata beliau memang menjangka tidak akan dicalonkan semula kerana itu memang sudah menjadi perjanjiannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, sejak lima bulan lalu. "Walaupun saya amat sedih kerana tidak lagi dapat menyalahgunakan kedudukan saya sebagai wakil rakyat dan menteri untuk memperkayakan diri saya dan sanak saudara, saya terpaksa jugalah terima keputusan Mahathir kerana si diktator tersebut telah memaksa saya letak jawatan lima bulan yang lepas." "Saya bukannya mahu undur - kalau boleh saya jadi menteri sampai kiok lagi bagus. Biarlah kalau rakyat tak suka, asalkan saya seorang yang bahagia cukuplah." Apabila ditanya samada pemergiannya dapat diterima rakyat, Tok Mat berkata rakyat berat hati untuk melepaskannya. "Selama ini saya juga yang berani membadutkan diri dengan mengeluarkan kenyataan yang sangat bodoh dan tidak logik. Siapa yang dapat menandingi saya?" Mahu tidak mahu, Tok Mat terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada golongan muda. "Saya tengok orang seperti Hishamuddin Hussein ada bakat untuk menggantikan peranan saya sebagai badut negara."
[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |