Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

Shahidan Gesa Pemandu Teksi Teruskan Sokongan

KANGAR, Khamis - Bakal Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa para pemandu teksi supaya terus memberikan sokongan mereka kepada Barisan Najis (BN).

Mereka juga diharap dapat membantu menyampaikan fitnah yang terhangat mengenai Anwar Ibrahim kepada para penumpang mereka, katanya ketika melancarkan program "Kalau Hangpa Semua Tak Undi BN, Lesen Hangpa Kena Tarik" peringkat negeri di sini hari ini.

"Hang ceritalah, kononnya Anwar meliwat, kaki betina. Tak betul tak apa, asalkan kita burukkan dia seburuk-buruknya," ujar Shahidan.

"Kalau hangpa tak undi BN, siapa lagi nak undi? Petani, guru, pelajar, ulamak, malah orang UMNO pun dah tak suka kat kami. Tinggallah hangpa semua...Kasihanlah kat aku dan bini aku. Baru lima tahun mana sempat songlap duit banyak-banyak. Tak tercapailah niat aku nak pecahkan rekod Muhammad Taib!"

Shahidan berkata, beliau gembira kerana program itu mendapat sambutan hebat kesemua dua belas pemandu teksi yang hadir.

Program itu dilancarkan oleh penyanyi terkenal Cik Siti Nurhaliza yang turut diiringi oleh pelawak terkemuka Datuk Seri Dr Mahathir Koyakutty di Putrajaya pada 27 Okt lalu.

Sementara itu, Presidsen Persatuan Pemilik Teksi Ali-Baba Se-Perlis, Yusoff Lahir berkata, sebahagian besar daripada 25 anggota pertubuhan itu akan memberi sokongan kepada Barisan Najis pada pilihan raya umum ini.

"Seramai 13 orang iaitu saya, isteri saya, anak sulung saya dan cucu-cucu saya akan mengundi Barisan, hanya yang selebihnya sahaja mengundi PAS".

Kata Yusoff, "Menteri Besar dah janji, kalau BN menang saya akan dapat dua puluh lesen beca dan tiga lagi lesen langcha".

Oleh ZULKIFLI AHMAD



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]