Berita Hairan Online
BH Edisi Internet

UMNO Juga Giat Dalam Kebajikan

KUALA LUMPUR, Ahad - UMNO bukan hanya tahu berpolitik semata-mata tetapi juga giat dalam pelbagai kerja kebajikan dan kemasyarakatan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus.

Katanya, antara kegiatan mengampu dan membodek masyarakat yang dijalankan oleh UMNO di peringkat bahagian ialah mengambil "sekolah angkat" untuk diberi perhatian seperti yang dijalankan oleh UMNO Bahagian Cheras di sini.

Bahagian itu telah menaja sebanyak tujuh buah sekolah angkat semata-mata untuk memancing undi simpati daripada rakyat.

"Tolonglah kami," kata Datuk Khalid. "Penat-penat kami belanja ribuan ringgit untuk anak-anak kamu ini, takkan nak undi kita pun tak boleh. Kalau mahu duit lagi, kami boleh hulurkan daripada Tabung Beli Undi kami."

Datuk Khalid menyatakan rasa hairannya bagaimana Barisan Alternatif yang tidak pernah menghulur duit yang banyak kepada rakyat boleh mendapat sokongan yang begitu meluas.

Apabila ditanya oleh seorang hadirin samada UMNO merasakan rakyat boleh dibeli dengan duit rasuah mereka, Datuk Khalid menjawab, "Errr.... ya? You all tak nak duit rasuah kami?"

Beliau kemudian dijawab dengan ludahan para hadirin dan diboo keluar daripada dewan sekolah tersebut.

Oleh : AZMI HARUN



[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]