Berita Hairan Edisi Internet
Orang ramai mengunjungi kediaman Perdana
Menteri PUTRAJAYA, 8 Jan - Rakyat jelata hari ini mengunjungi kediaman Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya sempena sambutan Hari Raya Aidilifitri. Rakyat datang dari jauh kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang sering dihebohkan. Said Salleh, 50, dari Kampung Gong Tujuh, Batang Berjuntai, menyatakan perasaan kagum dan hairannya apabila melihat bangunan tersebut. "Waaa! Saya ingat ada sampai cukai satu Malaysia digunakan untuk bina mahligai sebesar ini!" Sementara itu, kelihatan beberapa orang sedang cuba untuk mencungkil batu di dinding Putrajaya. Apabila ditanya tujuan mereka berbuat demikian, M. Ramalingam berkata, "PM cakap ini mahligai rakyat, jadi saya ambil balik hak sayalah!". Beliau cuba mengulas lanjut tetapi ditahan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum sempat habis wawancara. Ada juga beberapa orang rakyat yang cuba untuk mengambil alih salah sebuah bilik dalam mahligai tersebut atas alasan 'menuntut hak mereka dalam "mahligai rakyat"', tetapi mereka juga ditahan oleh beberapa anggota polis yang bertugas. Di samping rakyat Malaysia, ada juga beberapa pengunjung asing yang turut juga memeriahkan suasana Aidilfitri. Islah Khan dari Bangladesh kelihatan gembira kerana dapat menyambut Hari Raya walaupun di rantauan orang. "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Selamat Eid Mubarak kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya majikan saya yang kejutkan saya dan rakan-rakan saya dan sudi menyediakan bas dan wang RM 50 semata-mata untuk membawa kami ke Putrajaya!" katanya. [ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu] |