Berita Hairan Online - ISA perlu untuk jamin keharmonian: Azmi

Berita Hairan Edisi Internet

ISA perlu untuk jamin keharmonian: Azmi

KUALA LUMPUR, Khamis -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan bagi menjamin keharmonian negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid.Beliau berkata, tanpa ISA kemungkinan besar negara akan mengalami nasib seperti di negara jiran.

"Memang ramai yang tidak suka ISA termasuk Perdana Menteri sendiri. Tapi kita memerlukan akta berkenaan bagi memastikan negara stabil dan tidak dicerobohi kuasa asing," katanya.Beliau berkata, ISA juga memainkan peranan penting dalam memastikan ekonomi negara terus kukuh.

"Kamu semua tahu tak, kalau tak kerana ISA, kita pasti duduk di zaman batu lagi. ISA adalah jalan penyelesaian untuk segala masalah kami. Saya tak tahulah macam mana saya boleh hidup tanpa ISA. Kalau tak kerana ISA, tak bolehlah saya nak hantar anak-anak ke sekolah."

Kepada soalan bahawa ISA itu bertentangan dengan demokrasi dan ISA adalah alat diktator untuk mengongkong dan mengekang rakyat, Datuk Azmi berkata, "Siapa kata macam tu? Siapa kata tak boleh bercakap. Cakaplah apa kamu suka. Tapi kalau tak betul, ISAlah kamu."

"Ya, saya pun takut nak bercakap, takut kena ISA. Tapi kamu kena ingat, saya kroni PM, jadi kemungkinan saya ditangkap bawah ISA tipis. Tak macam kamu semua, orang reformasi. Kamu keluar nak pergi tandas pun, boleh kena tangkap! Hahahaha! Habislah kamu!" kata Datuk Azmi.

Ramai wartawan meninggalkan sessi itu kerana cukup meluat dan hairan dengan perangai Datuk Azmi yang hanya nampak 'kebaikan' ISA sahaja.

[ Hompej | Propaganda | Fitnah | Bodek | Statistik Palsu | Sukan | Arkib Seminggu]